Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 4, 2010

Cerita Hangat -Pengorbanan Ustazah Rohana utk adiknya atan

Ustazah Rohana, berusia 26 tahun, baru melangsungkan perkahwinan. Turut tinggal bersamanya, Atan… adik bongsunya yang diamanahkan oleh orang tuanya di kampung untuk menjaganya dan memberi peluang mendapat pendidikan di Bandar. Seperti biasa, Ustazah Rohana pergi dan pulang mengajar di sekolah berhampiran rumahnya. Sehingga pada suatu petang selepas pulang dari sekolah. Ustazah Rohana mandi seperti biasa. Kemudian setelah selesai berpakaian, dia menuju ke dapur. Dia terbau keharuman kopi panas dari arah dapur. Memang tadi dia telah menjerang air untuk minum petang tetapi dia kehairanan dengan bau kopi itu. Dia terdengar bunyi pintu peti sejuk di tutup. Ustazah Rohana separuh berlari ke arah dapur. 'Atan……Atan………' Laung perlahan Ustazah Rohana, menyangkakan adiknya Atan pulang. Di pintu dapur Ustazah Rohana terperanjat besar. Seorang pemuda yang tidak dikenalinya sedang duduk di meja sambil menghirup kopi. 'Sia……siapa kamu?' Pemuda itu kelihatan seperti samseng jalanan. Usianya awal dua puluhan. Orangnya bertubuh sederhana berkulit cerah dan memakai pakaian serba hitam. Rambutnya pendek berduri-duri ala komando dan dia juga berkaca mata hitam. Ustazah Rohana menggeletar tetapi dia cuba mengawal dirinya supaya pemuda itu tidak tahu yang dirinya di dalam ketakutan. Pemuda itu tidak menjawab pertanyaannya. Dengan perlahan dia meletakkan tangannya di atas meja dan terus menghirup kopi yang panas itu. Ustazah Rohana cuba menggertak sambil membetulkan cermin matanya untuk melihat pemuda itu dengan lebih jelas, 'Lebih baik kamu keluar…..kalau tidak!' Ustazah Rohana cuba menunjuk garang walaupun sebenarnya manik-manik keringat yang dingin kerana ketakutan mulai kelihatan di dahinya. 'Ustazah Rohana ye!' 'Siapa kau?' Ustazah Rohana semakin takut apabila namanya disebut oleh pemuda itu. 'Siapa saya? Itu tak penting ustazah…….yang penting adik ustazah, Atan berhutang dengan saya.' 'Atan? Berhutang?…..Apa yang kamu buat dengan dia? Di mana dia sekarang? 'Dia okay ustazah, jangan bimbang.' Mata Ustazah Rohana melirik ditelefon di dinding dapur rumahnya. Dia berlari dan mengangkat gagang telefon itu tetapi telefon itu tidak lagi mempunyai nada dail. Waktu itu pemuda itu mulai ketawa. 'Tak payah telefon mana-mana le ustazah oiiii, saya dah putuskan talian telefon ustazah semasa ustazah sedang mandi tadi.' Ustazah Rohana tidak tahu untuk membuat apa-apa lagi.

Baca Sambungan Kisah ini

0 comments:

Post a Comment