Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 4, 2010

cerita hangat-Kisah aku,kekasih dan tunang ku

Terlebih mohon maaf kalau kisah ini membosankan tapi inilah drama yang akhirnya telah menukarkan pola hidupku sehingga kini. Namaku Haz**** dah berumahtangga dan aku bahagia dengan kehidupanku sekarang walaupun tidak sepenuhnya bagai yang pernah aku impikan sewatu zaman remajaku dulu. Aku pasrah tidak ada seorangpun yang dapat mengatasi takdir kerana ketentuan adalah milikNYA jua. Aku tergolong dalam profesion yang agak berpengaruh juga di negara kita ini dan punya cukup segalanya untuk bersyukur dengan kehidupan yang aku alami kini. Suamiku seorang yang sangat penyayang terhadap diriku serta anak-anak kami yang dah mula bersusun, mungkin kerana sifatnya sebagai seorang pendidik yang berjiwa halus serta cukup memahami kehendak orang lain malah selama kami berkahwin belum sekalipun ia meninggikan suaranya terhadapku tetapi apa yang salah ditegurnya dengan cukup berhemah. Aku terkadang menangis kerana cukup malu bila berdepan dengannya berbanding dengan diriku yang lebih kumal dan selekeh (dalam kerja-kerja mengurus rumahtangga).

Perkahwinan kami bukanlah atas dasar cinta atau pandang pertama tetapi lebih kepada pertemuan jodoh yang diaturkan oleh pihak keluarga. Sungguhpun semasa aku di kolej (la ni dah jadi universiti) dulu aku mempunyai seorang kekasih (masih di tahap intermediate - belum sampai tenggek menenggek) dan menurut katanya ia juga mempunyai kekasih hati (belajar di U yang berlainan). Sedang aku hanyut berkasih sayang tiba-tiba sahaja aku dikejutkan dengan berita ada orang masuk meminang mulanya aku menyangkakan kekasihku yang meminang tetapi bila aku check semula rupanya orang lain yang aku tak kenal langsung.

Baca Cerita ini...klik sini

0 comments:

Post a Comment