Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 4, 2010

Cerita hangat- Andartu dan IRC

Dalam usianya 30 tahun ini, Aisya masih dara, wajah dan bodynya iras penyanyi Salwa
Rahman, 36-30-38 dan ibunya selalu bercerita dengannya mengenai menimang cucu,
walaupun abang-abangnya sudah memberi ramai cucu kepada ibunya.
Dia seorang andartu yang kerjayanya bergelumang dengan komputer dan IT, Aisya dan
Internet tidak dapat dipisahkan. Kedudukannya sebagai Pengurus Pemprosesan Data
Elektronik di sebuah syarikat swasta yang ternama membuatkan kaum lelaki tidak berani
menghampiri dia dan ini menjadikan Aisya akrab dengan Internet.
Aisya melihat Internet sebagai satu benda hidup yang mampu melakukan sesuatu yang
membahagiakannya. Interaksinya dengan kehidupan fizikal yang lain hanyalah setakat yang
perlu sahaja. Internet menjadi realiti, menjadi keperluan sebenar untuk hidup, manakala
kehidupan fizikal menjadi khayalan. Secara tidak disedarinya dunia ini tidak sebenarnya
fizikal tetapi adalah alam buatan untuk melekakan pemikiran, dan Internet itu wujud dari
penemuan manusia untuk mencari dunia sebenar.
Aisya bermukim di IRC, dan ramai rakan maya dikenalinya. Walau-pun kadang-kadang
fikirannya menjadi semak dengan gangguan penyangak-penyangak seks, IRC menjadi
teman setia kepadanya. Jika semua perbualannya di log, rasanya boleh penuh satu bilik dan
beratus-ratus pokok malpa akan jadi korban. Semuanya perbualan-perbualan kosong yang
memenuhi mindanya umpama air pasang berlalu.
Tetapi, perbualan dengan nick Songihman ini benar-benar menyentak jiwanya. Perbualan
Songihman lain dari perbualan-perbualan yang biasa ditempuhinya di IRC. Tiada seks, tiada
godaan, tiada desakan. Perbualan mereka bernas, laksana dua sahabat yang baik, saling
nasihat-menasihati. Jaga menjaga. Aisya dapat merasakan bahawa dia sudah jatuh hati
pada nick Songihman. Kekuatan minda mengatasi segalanya; kerana tidak melihat gambar
dan tidak mengetahui butir peribadi Songihman, perhubungan mereka tidak dibatasi oleh
sempadan maya yang selalunya wujud dari keinginan fizikal itu, dan Songihman menjadi
objek kehidupan yang kudus. Disebalik tabir IRC, Aisya tidak kekok membayangkan kepada
Songihman bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada sesiapa saja, asalkan
bertanggungjawab dan berkerjaya.
Hati Aisya berdebar. Esok adalah hari perhimpunan bagi channel #dewasa, dan dia telah
berjanji dengan Songihman untuk bertemu. Perhimpunan cenel bukanlah kebiasaan bagi
Aisya, malahan inilah kali pertama dia akan hadir dalam perhimpunan channel seperti itu. Di
perhimpunan itu, mata Aida liar memerhatikan lelaki berbaju hawaii sepertimana yang
dijanjikan. Rakan-rakan lain ramai telah ditemui, namun Songihman tidak kelihatan.
“Hai…”
“Hai..” balas Aisya.

Klik sini ..

0 comments:

Post a Comment